sunnah rasul mengenai garam!!!!!

Sunnah Tentang Garam
Kelebihan garam
Amalan Rasulullah S.A.W memakan secubit garam 
sebelum dan selepas makan kini dibuktikan oleh sains 
bahawa tabiat ini menambahkan keberkesanan perut 
untuk menghadam makanan dan menghindarkan perut 
dari menyerap racun.Pada zaman Yunani, Tentera Yunani 
( askar Greek ) dibayar gaji menggunakan garam .Begitu 
juga dengan episod penjajahan negara kecil oleh negara 
besardengan mengenakan hukuman penjara kepada
penentang mereka .Apabila dipenjarakan, mereka
( penentang ) akan diberi makanan seperti roti dan air 
tanpa garam .Walaupun kerap dihidangkan dengan roti 
dan air tanpa garam, badan mereka tetap lemah
memandangkan kurangnya kandungan garam 
dalam badan.

SUNNAH-SUNNAH BERKAITAN GARAM

Dari  Abdullah Bin Umar
” Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat perkara berkat
( mempunyai kebaikan )dari langit ( menerusi hujan ) ke bumi 
iaitu besi, api ,air dan garam”
Hadis Riwayat Al-Baghawiy dalam tafsirnya .

Dari Anas Bin Malik, nabi bersabda ”  
Penghulu segala lauk pauk kamu ialah garam .
Hadis riwayat Ibnu Majah

Tiadalah akan baik makanan itu melainkan dengan garam
Hadis riwayat Al – Bazzar